Labels
Luangkan Masa Bersama-sama
Anak Prasekolah Anda
________________________________________________________________________
Hubungan anda dengan anak akan berubah bila dia membesar. Tetapi yang tetap tidak
berubah adalah keperluan untuk meluangkan masa bersamanya. Ini adalah sama penting
seperti sewaktu dia masih bayi. Di sinilah terdapat beberapa cara.
__________________________________________________________________________________berubah adalah keperluan untuk meluangkan masa bersamanya. Ini adalah sama penting
seperti sewaktu dia masih bayi. Di sinilah terdapat beberapa cara.
Menghabiskan masa bersama anak-anak perlu dirancangkan dengan khusus. Ia mesti diberi keutamaan dan dijadualkan. Tetapkan untuk meluangkan masa berkualiti bersama anak anda dan cuba sedaya upaya agar tidak mengecewakannya dengan menangguhkan masa itu. Cari peluang dan aktiviti yang anda boleh lakukan bersama untuk mengeratkan hubungan. Walau apapun yang anda lakukan bersama, ingatlah anda perlu memberikan perhatian yang tidak berbelah bahagi kepadanya!
Masa Bermain :
Bermain dengan anak anda membolehkan anda menyelami dunia mereka. Ketepikan segala halangan dan bersedialah untuk bersuka ria dan berlawak jenaka atau berkelakuan ‘gila-gila’! Dengan menunjukkan minat dan bermain bersama, anda memupuk keakraban dan mendapat kepercayaan mereka.
Bermain dengan anak anda membolehkan anda menyelami dunia mereka. Ketepikan segala halangan dan bersedialah untuk bersuka ria dan berlawak jenaka atau berkelakuan ‘gila-gila’! Dengan menunjukkan minat dan bermain bersama, anda memupuk keakraban dan mendapat kepercayaan mereka.
Bersukan :
Aktiviti sukan seperti badminton, bola sepak, atau sekadar kejar-mengejar di laman rumah membantu mengukuhkan hubungan antara ibu bapa dan anak.
Minat Membaca :
Kanak-kanak gemar mendengar orang dewasa membaca kepada mereka. Mengapa tidak jadualkan beberapa minit untuk membaca buku cerita sebelum si manja tidur setiap malam? Gunakan kesempatan itu untuk berkomunikasi dengannya, dan petik contoh daripada cerita yang anda bacakan untuk menyemaikan nilai dan prinsip hidup. Lagipun, membaca bersamasama dapat menanamkam minatnya untuk membaca.
Kanak-kanak gemar mendengar orang dewasa membaca kepada mereka. Mengapa tidak jadualkan beberapa minit untuk membaca buku cerita sebelum si manja tidur setiap malam? Gunakan kesempatan itu untuk berkomunikasi dengannya, dan petik contoh daripada cerita yang anda bacakan untuk menyemaikan nilai dan prinsip hidup. Lagipun, membaca bersamasama dapat menanamkam minatnya untuk membaca.
Berbual-bual :
Tanyalah dia perihal tadikanya. Perbualan seperti ini sering diabaikan bila ibubapa terlalu sibuk dengan kerja. Galakkan anak anda menceritakan tentang apa yang dilakukan. Apa yang dipelajari? Apa yang dilakukan oleh guru atau rakan-rakannya pada hari itu? Sebaliknya, kongsilah hari anda dengannya – apa yang anda buat, orang yang anda temui, sesuatu yang menarik perhatian anda. Komunikasi dua hala menjalin hubungan yang terbuka dan jujur.
Berkongsi Kegemaran:
Adakah anda berkongsi hobi dengan anak anda? Hobi tidak semestinya mahal. Anda boleh membina model kapal terbang, memasang jigsaw puzzle atau mainan seperti Monopoly atau Scrabble bersama. Anda boleh berkongsi apa saja, asalkan ia adalah sesuatu yang istimewa bagi anda berdua sahaja.
Bersiar-siar:
Jangan perkecilkan keajaiban alam semulajadi! Bawalah anak anda keluar bersiar-siar melihat keindahan alam. Anda boleh berkhemah atau berkelah. Sambil melakukan aktiviti luar bersama, anda mungkin dapat melihat sifat satu sama lain yang tidak pernah anda ketahui selama ini!
|
|
Sangat Tidak Adil!
Menerima hakikat tentang persaingan adik-beradik.
Oleh Profesor Madya Dr M Swamenathan, Pakar Psikiatri
Adakah anda sudah biasa mendengar ayat sebegini? Sebagai ibu bapa yang mempunyai lebih daripada seorang anak, ini mungkin merupakan antara banyak lagi aduan yang sering didengar. Persaingan adik-beradik adalah lazim dalam hampir semua keluarga; walaupun memang ada yang rapat, namun jarang yang akan mempunyai hubungan yang baik sepanjang masa.
Terdapat banyak sebab adik-beradik akan berselisih faham dan bergaduh sesama sendiri, antaranya merupakan keperibadian serta usia yang berbeza dan disebabkan kebanyakan kanak-kanak akan bersaing untuk apa sahaja, daripada barang mainan hinggalah ke perhatian anda. Memang anda merasa hampa apabila melihat mereka sentiasa bertengkar dan menjerit tetapi jangan bimbang. Terdapat beberapa langkah untuk membantu anak-anak anda hidup secara lebih harmoni.
Mengapa Kanak-kanak sentiasa Bergaduh?
Perhatian:
Kanak-kanak sentiasa mencari cara untuk mendapat perhatian ibu bapa mereka, lebih-lebih lagi jika anda sibuk dan mempunyai masa terhad untuk diluangkan bersama mereka. Mungkin sukar bagi adik-beradik yang lebih tua untuk menerima ahli keluarga baru kerana kini mereka tidak lagi akan mendapat semua perhatian. Apabila rasa terpinggir, kanak-kanak akan mula membuat perangai seperti enggan makan atau menangis apabila tidak mendapat sesuatu apabila sedang cuba mendapatkan perhatian.
Perlu berkongsi:
Ada masanya, adik-beradik perlu berkongsi barang mainan atau barang kepunyaan mereka. Lazimnya, kanak-kanak yang lebih kecil sukar berkongsi barang mainan kegemaran mereka hingga ada kalanya akan bertindak secara agresif terhadap adik-beradik mereka.
Ragam yang unik:
Suasana hati, perangai, daya penyesuaian dan keperibadian unik anak anda semuanya akan memainkan peranan di dalam keharmonian hubungan antara mereka. Perbezaan ragam sering membawa kepada perselisihan sementara perbezaan usia dan jantina pula boleh mengakibatkan pergaduhan di kalangan kanak-kanak.
Isu keadilan:
Kanak-kanak sentiasa meminta kesaksamaan dan akan sering bergaduh untuk apa yang mereka anggap sebagai hak semulajadi mereka. Abang atau kakak yang perlu melaksanakan tugas-tugas di rumah atau menjaga adik-beradik yang lebih kecil mungkin tidak sukakan tanggungjawab sedemikian, sementara adik-beradik yang lebih kecil pula akan rasa tidak gembira terpaksa duduk di rumah apabila abang dan kakak mereka boleh keluar berjalan.
Iri hati:
Pujian ibu bapa terhadap pencapaian akademik baik salah satu adik-beradik menyebabkan adik lain yang pencapaiannya kurang memuaskan berasa iri hati.
Mengawal Keadaan
Kadang-kala mengawal keadaan bermakna membiarkan anak anda menjerit sepuas hati mereka. Asalkan tiada kecederaan, biarkanlah mereka menyelesaikan isu mereka sendiri dan cuba untuk tidak mencampur tangan selama mana yang anda boleh. Walau bagaimanapun, anda masih boleh mencuba tip berikut untuk menyelesaikan isu anak anda jika keadaan menjadi luar kawalan.
Masa bersendirian:
Kadang-kala kanak-kanak perlukan ruang mereka sendiri dan sedikit masa untuk bersendirian. Biarkan mereka di dalam bilik masing-masing untuk menghilangkan rasa marah.
Jangan berpihak
Jangan sekali-kali membandingkan anak-anak anda. Ini hanya akan menimbulkan perasaan dendam atau marah di kalangan adik-beradik. Tambahan lagi, ini boleh menegangkan hubungan antara anda dan anak-anak anda.
Ajar mereka bertolak ansur:
Ajar anak anda untuk menyelesaikan masalah mereka menggunakan cara yang boleh memuas hati semua pihak. Minta mereka untuk berhenti menjerit dan galakkan mereka meluahkan ketidakpuasan mereka. Dengar dan kemudian minta mereka mencari penyelesaian yang akan memuaskan hati mereka. Jika mereka tidak mempunyai idea, anda bolehlah mencadangkan suatu penyelesaian, seperti memberi setiap seorang daripada mereka waktu untuk bermain dengan barang mainan baru yang sedang menjadi rebutan.
Hentikan Dari Awal! |
Kuatkuasakan peraturan: Jangan menjerit, mengejek atau menghentam pintu. Jangan jadikan semuanya sama: Perlakukan setiap anak anda sebagai individu yang unik dan istimewa. Lazimnya, adik-beradik yang lebih tua akan mempunyai hak istimewa seperti tidur lewat berbanding yang lebih mudah Berikan setiap anak anda masa istimewa: Kanak-kanak sentiasa dahagakan perhatian jadi cuba luangkan masa bersendirian bersama setiap anak anda. Bersendirian bersama anak anda selama 10-15 minit setiap hari boleh membuatkan mereka rasa istimewa. |
Lazimnya, perbalahan di kalangan adik-beradik akan berhenti sebelum menjadi tidak terkawal. Tetapi dalam sesetengah kes, pergaduhan boleh sampai ke tahap di mana salah seorang daripada adik-beradik akan mengalami penderaan emosi ataupun fizikal. Ibu bapa perlu menghentikan pergaduhan yang membawa kepada pemukulan, pengejekan atau saling memperkecilkan yang berterusan kerana ini merupakan suatu bentuk penderaan adikberadik. Hubungilah pakar pediatrik anak anda atau pembekal kesihatan mental untuk bantuan jika mendapati kesukaran mengendalikan sesuatu situasi. Selesaikan isu-isu sebelum menjadi tidak terkawal!
- Mewujudkan persekitaran yang dapat membantu meransang pertumbuhan minda dan fizikal kanak-kanak melalui program pengajaran dan pembelajaran yang terancang.
- Mewujudkan persekitaran bagi membantu membina potensi kanak-kanak bagi menjadikan mereka berilmu, berakhlak mulia, berbakat tinggi dan yakin diri.
- Mewujudkan keceriaan melalui aktiviti-aktiviti yang mencabar, kreatif dan menyeronokkan kepada kanak-kanak
- Mengutamakan konsep perkembangan menyeluruh kanak-kanak dari segi Fizikal, Sosio-Emosi, Kognitif dan Bahasa.
- Mendidik dan mengasuh kanak-kanak secara bersepadu dan harmonis agar mereka menjadi insan yang sempurna, memiliki ilmu dan kemahiran asas untuk mengikuti peroses pembelajaran pada tahap berikutnya.
SYARAT DAN PERATURAN
LITTLE SMARTIES CHILD ENRICHMENT CENTRE
(PUSAT JAGAAN IBNU SINA)
No. 166 JALAN 8/3, SEKSYEN 8, &
No. 1 JALAN 3/31, SEKSYEN 3,
BANDAR BARU BANGI
SELANGOR DARUL EHSAN
1. Waktu Operasi
a) Ibu bapa boleh menghantar kanak-kanak seawal jam 7.15 pagi
b) Pakej:
§ Pakej (I): 8.00 pagi hingga 12 tengahari
§ Pakej (II) 8.00 pagi hingga 2.00 petang
§ Pakej (III) 8.00 pagi hingga 6.30 petang
Ø Ibu bapa hendaklah menjemput kanak-kanak diantara 12.00 – 12.30 tengahari(Bagi pakej (I) sahaja). Jika gagal berbuat demikian sila maklumkan kepada pihak LITTLE SMARTIES (LS) kerana makan tengahari akan diberi pada pukul 12.30 tengahari dan caj sebanyak RM 1.50 akan dimasukkan pada yuran bulan berikutnya.
2. Caj lebih masa (over time):
a) Bagi Pakej (II) dan (III) caj lebih masa sebanyak RM 3.50 sejam atau sebahagian daripadanya akan dikenakan jika ibu bapa/wakil gagal menjemput kanak-kanak pada masa yang dihadkan. Selepas pukul 8 malam caj lebih masa adalah sebanyak RM10 sejam atau sebahagian daripadanya.
b) Bayaran boleh dibuat pada hari tersebut ataupun dibawa ke yuran bulan berikutnya.
3. Data peribadi
a) Segala data peribadi ibubapa dan kanak-kanak hendaklah dicatitkan di dalam borang peribadi kanak-kanak secara jujur dan ikhlas.
b) Pihak LS tidak akan bertanggungjawab terhadap segala kerumitan dan masalah yang timbul sekiranya data-data tersebut diberikan secara tidak tepat kepada pihak LS.
4. Aktiviti-aktiviti LITTLE SMARTIES
a) Segala aktiviti pembelajaran dan aktiviti fizikal di dalam kawasan pusat jagaan sewaktu di dalam sesi jagaan adalah di bawah tanggungjawab pihak LS.
b) Bagi aktiviti luar pihak LS akan terlebih dahulu meminta kebenaran daripada ibubapa melalui surat-surat pemberitahuan berkaitan aktiviti tersebut.
5. Uniform:
a) Uniform/T-shirt LS hendaklah dipakai setiap hari persekolahan.
6. Barang Kemas:
a) Pemakaian barang kemas adalah dilarang.
b) Pihak LS tidak akan bertanggung jawab jika berlaku sebarang kehilangan.
7. Barang Permainan:
a) Kanak-kanak tidak digalakkan membawa barang permainan bagi mengelakkan kerosakan akibat perebutan dikalangan kanak-kanak.
b) Barang permainan yang dibawa akan disimpan oleh pihak LS dan hanya akan dipulangkan selepas waktu sekolah.
c) Pihak LS akan menyediakan barang permainan yang mencukupi dan bersesuaian kepada kanak-kanak.
8. Surat Menyurat:
a) Pihak LS akan mengeluarkan surat pemberitahuan/kebenaran empat (4) hari sebelum aktiviti tambahan akan dijalankan.
b) Kad yuran bulanan akan diedarkan pada setiap hujung bulan.
c) Bagi Ibu bapa yang mewakilkan orang lain untuk menjemput kanak-kanak hendaklah mengisi “BORANG WAKIL IBU BAPA.
9. Cuti:
a) LS akan mengikut cuti umum Kerajaan Malaysia dan juga Negeri Selangor.
b) LS akan bercuti selama seminggu sempena perayaan “HARI RAYA ADILIFITRI.”
10. Sakit:
a) Kanak-kanak dilarang ke LS jika mengidap sebarang penyakit yang berjangkit seperti; Demam Campak, Sakit Mata, Beguk, dan lain-lain penyakit berjangkit.
b) Ibu bapa hendaklah memaklumkan kepada pihak LS jika kanak-kanak mengalami demam atau batuk dan selsema.
c) Sebarang pengambilan ubat-ubatan boleh ditugaskan kepada guru-guru selama kanak-kanak berada di LS.
d) Pihak LS berhak menghantar kanak-kanak ke klinik berdekatan jika perlu sekiranya Ibu bapa/Wakil gagal dihubungi.
e) Segala perbelanjaan rawatan dan perubatan hendaklah di tanggung oleh Ibu bapa.
11. Keperluan Kanak-kanak:
a) Beg Little Smarties hendaklah dibawa ke sekolah setiap hari.
b) Diminta kerjasama ibubapa untuk memastikan kesemua buku bacaan yang dibawa pulang, dibawa semula ke LS setiap hari.
c) Bagi pakej (III) , Ibu bapa dikehendaki menyediakan sekurang-kurangnya dua pasang persalinan,tuala dan ‘toileteries’ (sikat, berus dan ubat gigi) untuk kanak-kanak.
d) Setiap kanak-kanak diwajibkan membawa satu botol air ke LS pada setiap hari untuk menggalakkan kanak-kanak minum air secukupnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)