Labels

SYARAT DAN PERATURAN
LiTTLE SMARTiES CHiLD CARE


Waktu Operasi

Ibu bapa boleh menghantar kanak-kanak seawal jam 7.15 pagi

Pakej

Pakej (I): 8.00 pagi hingga 12 tengahari
Pakej (II) 8.00 pagi hingga 2.00 petang
Pakej (III) 8.00 pagi hingga 6.30 petang

Ibu bapa hendaklah menjemput kanak-kanak diantara 12.00 – 12.30 tengahari (Bagi pakej (I) sahaja). Jika gagal berbuat demikian sila maklumkan kepada pihak LiTTLE SMARTiES CHiLD CARE (LS) kerana makan tengahari akan diberi pada pukul 12.30 tengahari dan caj sebanyak RM 1.50 akan dimasukkan pada yuran bulan berikutnya.

Caj lebih masa (over time)

Bagi Pakej (II) dan (III) caj lebih masa sebanyak RM 3.50 sejam atau sebahagian daripadanya akan dikenakan jika ibu bapa/wakil gagal menjemput kanak-kanak pada masa yang dihadkan. Selepas pukul 8 malam caj lebih masa adalah sebanyak RM10 sejam atau sebahagian daripadanya.

Bayaran boleh dibuat pada hari tersebut ataupun dibawa ke yuran bulan berikutnya.

Data peribadi

Segala data peribadi ibubapa dan kanak-kanak hendaklah dicatitkan di dalam borang peribadi kanak-kanak secara jujur dan ikhlas.

Pihak LS tidak akan bertanggungjawab terhadap segala kerumitan dan masalah yang timbul sekiranya data-data tersebut diberikan secara tidak tepat kepada pihak LS.

Aktiviti-aktiviti LiTTLE SMARTiES

Segala aktiviti pembelajaran dan aktiviti fizikal di dalam kawasan pusat jagaan sewaktu di dalam sesi jagaan adalah di bawah tanggungjawab pihak LS.

Bagi aktiviti luar pihak LS akan terlebih dahulu meminta kebenaran daripada ibubapa melalui surat-¬surat pemberitahuan berkaitan aktiviti tersebut.

Uniform

Uniform/T-shirt LS hendaklah dipakai setiap hari persekolahan.

Barang Kemas

Pemakaian barang kemas adalah dilarang.

Pihak LS tidak akan bertanggung jawab jika berlaku sebarang kehilangan.

Barang Permainan

Kanak-kanak tidak digalakkan membawa barang permainan bagi mengelakkan kerosakan akibat perebutan dikalangan kanak-kanak.

Barang permainan yang dibawa akan disimpan oleh pihak LS dan hanya akan dipulangkan selepas waktu sekolah.

Pihak LS akan menyediakan barang permainan yang mencukupi dan bersesuaian kepada kanak-kanak.

Surat Menyurat

Pihak LS akan mengeluarkan surat pemberitahuan/kebenaran empat (4) hari sebelum aktiviti tambahan akan dijalankan.

Kad yuran bulanan akan diedarkan pada setiap hujung bulan.

Bagi Ibu bapa yang mewakilkan orang lain untuk menjemput kanak-kanak hendaklah mengisi “BORANG WAKIL IBU BAPA.”

Cuti

LS akan mengikut cuti umum Kerajaan Malaysia dan juga Negeri Selangor.

LS akan bercuti selama seminggu sempena perayaan “HARI RAYA ADILIFITRI.”

Sakit

Kanak-kanak dilarang ke LS jika mengidap sebarang penyakit yang berjangkit seperti; Demam Campak, Sakit Mata, Beguk, dan lain-lain penyakit berjangkit.

Ibu bapa hendaklah memaklumkan kepada pihak LS jika kanak-kanak mengalami demam atau batuk dan selsema.

Sebarang pengambilan ubat-ubatan boleh ditugaskan kepada guru-guru selama kanak-kanak berada di LS.

Pihak LS berhak menghantar kanak-kanak ke klinik berdekatan jika perlu sekiranya Ibu bapa/Wakil gagal dihubungi.

Segala perbelanjaan rawatan dan perubatan hendaklah di tanggung oleh Ibu bapa.

Keperluan Kanak-kanak

Beg LiTTLE SMARTiES hendaklah dibawa ke sekolah setiap hari.

Diminta kerjasama ibubapa untuk memastikan kesemua buku bacaan yang dibawa pulang, dibawa semula ke LS setiap hari.

Bagi pakej (III) , Ibu bapa dikehendaki menyediakan sekurang-kurangnya dua pasang persalinan,tuala dan ‘toileteries’ (sikat, berus dan ubat gigi) untuk kanak-kanak.

Setiap kanak-kanak diwajibkan membawa satu botol air ke LS pada setiap hari untuk menggalakkan kanak-kanak minum air secukupnya.